CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Khamis, 1 November 2012

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 26

Selamat Ulangtahun kelahiran ke 26 buat
Bakal isteriku hingga ke syurga
Bakal mama kepada anak-anakku
Teman dikala susah dan senangku
Penghibur hatiku dikala hatiku bersedih
Doktor dan jururawatku dikala aku sedang kesakitan

Semoga hidup mu diberkati dan diredhai oleh Yang Maha Kuasa.....

Amin....
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Rabu, 18 Julai 2012

Rindu

Rindu sungguh ngan awak.....
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Khamis, 12 Julai 2012

Rindu

Really miss you sayang
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ahad, 24 Jun 2012

KEKAL HINGGA AKHIRAT


Pernahkah anda mendengar soalan ini…
Adakah kita masih boleh menjadi suami isteri di akhirat kelak?


Kalau kita lihat di kaca tv, di radio, di dalam filem, sering kali pasangan bercinta menyebut:

“Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat”.

Sedangkan kita boleh je kalau nak terus menyebut ayat ini sambil berdoa:

“Semoga kita berbahagia hingga ke akhirat kelak”.



Untuk pengetahuan semua, di bawah ini adalah sedikit penerangan yang akan menjelaskan persoalan di atas:

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” – (HR Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.



2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.



3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.



4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.


Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.






5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.


Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.



6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.



Rasullullah SAW bersabda:
“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”

copy dari http://penpatah.blogspot.com



Semoga awak Noor Azira binti Maswan menjadi isteri saya yang baik dan solehah untuk di dunia dan kekal hingga ke akhirat

Rabu, 20 Jun 2012

100

Ini post yang ke 100 selepas ditolak bahagi...........pemalas punya anak lelaki sudiman ni dekat 2 tahun buat blog baru 100.....kui

27 Mei 2012



Milik siapakah tangan ini.......hehe

Alhamdullilah 27 mei 2012 aku akhirnya bertunang dengan gadis yang telah memilih aku.......kui2 klu aku yg pilih mstlah tak bertunang.....huhu....

Perancangan merisik akhirnya bertukar menjadi majlis tunang membuat beberapa rakan dan sedara terkejut dengan aku dan cik tunang sekali terkejut....terduduk kejap di pasar borong pandan.....seminggu persiapan dimana mak aku menyiapkan hampir 95 percent.....aku adalah 1 percent n bahagian kritik.............


Inilah cik tunang saya memang comel orangnya n Alhamdullilah beragama.......


Semoga jodoh kami diperkuatkan hingga ke pernikahan yang sah 

MUNGKIN SAYA BANYAK KEKURANGAN DI MATA ORANG LAIN ,
TAPI SAYA CUBA UNTUK MENJADI YANG TERBAIK DI MATA AWAK.

SAYA HARAP AWAK NOOR AZIRA BINTI MASWAN CINTA TERAKHIR SAYA KEKAL SEHINGGA AKHIR HAYAT SAYA.......

Isnin, 23 April 2012

L.E.M.B.A.P

Kerja urgent menjadi lambat disebabkan komputer yang lembap....huhu
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Rabu, 1 Februari 2012

A.K.U


Cubalah engkau mengerti ,
Perasaan Hatiku,
Ku cinta kamu ,
Hanya itu aku tahu........


Aku akan selalu ,
Menjaga dan menyintaimu,
Aku berjanji padamu ,
Takkan menduakanmu............


Isnin, 30 Januari 2012

C.I.N.T.A

Andaikan CINTA tidak di awali huruf "C" pasti takkan ada kata CEMBURU.. ♥
Kerana dalam CINTA ada huruf "I", itulah yang membuat cinta jadi INDAH.. ♥
Disebabkan ade Huruf "N" dalam CINTA lah, buat orang NANGIS.. ♥
Hal tersulit adalah melewati huruf "T" dalam kata CINTA merupakan "TENTANGAN" untuk mendapatkan pasangan.. ♥
"A" adalah kata terakhir dari segalanya dalam CINTA,iaitu Aishiteru!! (aku CINTA padamu) ^_^ 

copy dari FB nabila norawi

Selasa, 10 Januari 2012

2012

JODOH ITU RAHSIA ALLAH S.W.T.

Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.

Jika takdir Allah menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya.
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya.
Kita tetap akan bersama dirinya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insya-Allah.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah Allah S.W.T ♥


Semoga tahun 2012 ni dapat mengubah status dalam kehidupan dan dimurahkan rezeki.........amin