CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Khamis, 24 Disember 2009

aktiviti di waktu kerja....

skang aku pny projek dah nak smpi ke ujung nyawa so aku dah xtau nak wat per kat site ni.....hari2 aku pny jadual sama

10.30 am - masuk site n g mnum pagi
11.30 am -masuk site blik n buka laptop
12.00 pm - g mkn tengah ari
1.30 pm - masuk site n then tdo kat opis
2.30 pm - g mnum ptg
3.30 pm - masuk site kemas laptop n then bli


tgok betapa padatnya jadual aku satu ari

bz oh bz...haha

Selasa, 8 Disember 2009

kena tangkap ngan sprm

Agak2 korang ler klu aku pkai keta mazda rx8 aku akan ditahan atau disoal siasat oleh SPRM tak......

kenangan Yang Lalu

tiba terfeeling tyme blaja kat jengka dulu byk ler kenangan pahit, manis kisah cinta pun ada dua j kat jengka...love story in jengka....tapi aku pling ingat aktiviti CESS civil engineering student society yg mcm2 n besh.....

Isnin, 7 Disember 2009

boleh k EK.....

CAne ek klu aku nak wat kenduri kahwin kat gereja boleh k kwn2.....huhu yela aku punya bkal bini kat minah salleh....hohohohoh

sudah berhenti....

Lama dowh aku x post2 kat blog aku ni....beseleh owg kanan najib bz ar ckit....hahaha tapi tajuk entry aku tu bjan bermakna aku nak benti ber'blog'an tapi aku nak bagtau bahawa aku sudah benti menghisap winston light....mesti cikani xcaya kan saya mmg dah benti menhisap winston light....




tapi aku beralih arah kepada mild seven original yg lebih enak n bergaya...hahaha






sebab aku benti isap winston light j bukan benti isap okok....

Selasa, 20 Oktober 2009

wat renungan bersama-sama aku simisteri

ntah ar macam malas j nak updated blog so bila dah malas kita letak jlah gmbr2 yg berbagai ni





wat renungan bersama-sama aku simisteri

ntah ar macam malas j nak updated blog so bila dah malas kita letak jlah gmbr2 yg berbagai ni

Khamis, 1 Oktober 2009

ma Family di hari raya



erm aku pun nak post pasal ari rayer ler tapi just gambar2 family j............






F4

Haha malam ni baru leh nak update blog tiap2 malam asyik kuar j......qadar bulan posa kurangkan aktiviti malam...giler2 si aku ni haha ni aku saje j nak tnjk gmbr2 group f4 dalam citer korea aku pun lupa tajuknya.......











suma citer f4 kat atas ni lebih kurang j tapi ada f4 yang aku minat dimana citer dorang xsama ngan citer korea diatas n ahli kumpulan dia bukan 4 owg jejaka tetapi 3 anak dara n sorang teruna n dorang ni mempunyai pelbagai cerita n keletah




dari kiri nama peah, urin , dina n teruna tunggal mamat xlama lag mungkin tmbh lag sorang....

Khamis, 10 September 2009

Aku Bz sgt2

Skang ni aku bz sgt2 lag2 itu ari kena stay opis kat jb 3 hari so kerja kat pagoh berlambak2 ar k aku suka wat kerja tangguh2.....ai aku bape lame nak stay kat muar ni lag ni ler buktinya kerja aku berlambak-lambak




Tgok betapa byknya kertas2 dan form yg aku nak kena check pastu nak kena photostat lag macam cib..ai mana ler aku pny setiausaha peribadi yg seksi2 n cun nak tlg aku ni.....hahaha kerusi yg ada jaket tu sebenarnya utk aku tido di waktu lunch hour klu pose ar....hahahha


ha ni pulak dah tyme malam kakt bilik umah sewa aku sebab dah malam tu ler ada air my cyg winston light j . tyme ni just check drawing n then sign ler apa yg patut smbl2 download apa yg patut tu pun klu ada owg sedekah kan broadband.....ai bz j aku ni cane nak kahwin...hahaha

Ahad, 6 September 2009

Pose oH pose

Tahun ni ler dimana aku berbuka pose selalu didalam keta

Tahun ni ler Dimana aku slalu Berbuka posa hanya dengan asap rokok n air kosong

tahun ni mengajar aku erti nikamatnya berposa dengan ikhlas tanpa menurut nafsu

ibu ayah nak mkn sedap2 hari2 tyme buka

Ahad, 23 Ogos 2009

comel


comelnya baby ni adakah bila kta mabuk kita akan kelihatan lebih comel.....hahha

Andai ini

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih...
Berqiamullail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..

citer2

Cave> U posa tak
Bie > Hehe
Cave > Naper gelak
Bie> semalam i kena jaga bilk Goyang duk mnum air setan

Sapa suh ko kerja kat situ sengal......

143 tuhanku

Tuhan, aku sayang dia









































semoga awak bahagia di dunia & akhirat....

Citer di Bulan Poser

Wah dah posa aku xde pun post utk pose....beseleh kehausan internet biler aku kat pagoh ni kat site opis j yg ada internet tu pun tyme kerja aku xduk opis asyik kuar j destinasti yg pling best adalah kat umah...membuta....ptg2 baru masiuk opis duk kemas2 laptop

So nak dijadikan citer ari ni aku berjaya pose tyme sahur tu mkn bese2 jlah roti yg sedeynya bila tyme berbuka pny ler semangat aku g bazar utk membeli mknan utk berbuka dah terbayang nak beli ikan pari bakar tapi bazar kat cn xbyk jual lauk yg ada hanya nasi ambang j ....pergh....sedih hari pertama aku just berbuka nasi ngan telur dadar nasib baek ada kedai jual lauk ikan keli....waaaaaa nak blik jb

pastu aku telah diracun oleh citer2 kawan aku kat jb bahawa masjid kat sana penuh mlm mula2 terawih ni n then aku pun g k masjid utk lihat kebanjiran manusia kat masjid mungkin ada moreh k utk aku tumpang semangkuk....tapi ada ler 2 saf aku membuat konkulasi apabila anda berada di bndr awal terawih ramai but kat kg ujung2 kot....haha

aku ni pun bkan baek sgt tapi kena ler rjin2 ckit wat amal tyme bulan posa ni

Isnin, 3 Ogos 2009

Qing Fei Dei Yi

video

Untuk seseorang

Sukarnya ‘tuk ku melupakan
Sinar matamu yang menawan
Terbayang-bayang tiap masa
Senyuman mu menggoda

Kehangatan terasa di jiwa
Tika kau lafaz kata cinta
Nafas terhenti seketika
Seakan sukar ku percaya
Ooh.oh.

Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu

Sukarnya untukku ucapkan
Ku takut akan kehilangan mu
Akan ku buat segalanya
Untukmu kekasihku

Cuma satu yang belum terluah
Kalimah cinta kau nantikan
Bila masa dan ketika
Tidak dapat ku menjawabnya
Ohhh..

Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu

Semalaman ku menunggu panggilanmu
Pabila terdengar suaramu
Ku terlupa segalanya

katakan xnak

video

boleh k mcm xboleh j....hahaha tgu anak 3 jlah kot

Buat renungan Untuk Si pengembala ni

Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Rabu, 29 Julai 2009

Rasa Sayang Eh



Versi Tamil.....hoho


video

aku mencintai mu....

aku jatuh cinta padamu hanya pada nama mu............


puteri tujuh dimana kamu...huhu

Selasa, 28 Julai 2009

SamPai


video


gambar dalam video ni xde kena mengena antara hidup, mati n sebagainya saje sbgi hiasan

Sayang..
Apa yang ku katakan
Apa yang ku rasakan
Belum pernah dialami

Demimu segala ku kurniakan
Susah ku senangkan
Apa sahaja dipenuhi

Di hati

Dan masih lagi engkau bertanya
Sejauh manakah cinta
Penjelasan ku sebenar-benarnya;

Sampai, tubuh tak bernyawa
Sampai, ku ke pangkuannya
Biar jasad tak dilihat zahir
Cintaku kan tetapkan hadir

Andai dikurnia syurga
kan ku tunggu di luarnya
jika ditanya mengapa?
Jawapan ku menunggu..
Kau SAMPAI dahulu..

Mudahnya sekadar bermadah
Hingga kau meragui
Keikhlasan sanubari
Sedangkan racun pun kan ku telan
Andai kau menyatakan ia madu kepadaku

Oh sungguh..
Dan masih lagi kau bertanya
Sedalam manakah cinta?

Lafaz ikrarku buat selamanya...

Katakan sayang..
bagaimanakah harus ku hidup.. tanpa dirimu
Sedangkan separuhnya di jiwaku,
bersamamu...

Sampai, tubuh tak bernyawa
Sampai, ku kepangkuannya
Biar jasad tak dilihat zahir..
Cintaku tetapkan hadir....

Andai dikurnia syurga...
Kan ku tunggu di luarnya
Jika ditanya mengapa
Jawapan ku menunggu kau sampai dahulu..
Ohh...
Kau sampai padaku...


sudirman

skang aku suka g mencari lagu2 yg dinyanyikan ori oleh Arwah sudirman, suara dia mmg besh lyn2 teringat plak awek2 lama....hahaha layan jiwang gd luck suma wa pny ex gf......dah kul 1 pag tyme pegi berjoli chaw rakan2 ku suma termasuk aku misteri yg akan berkahwin xlama lami semoga berbahagia ke akhir hayat even ko xjmpt aku , aku akan pastikan aku ada di majlis ko utk menuntuk hak aku.....hahahaha

Nasihat Abg2

NAsihat bro2 renung2 kan ler leh diterima


video

Isnin, 27 Julai 2009

kisah seorang pengembala


aku bukan penyanyi lagu ni tapi aku leh men'sumbang'kan lagu ni



video

sejarah mungkin berulang

aku akan cuba ulangi sejarah 31hb 01 pada thn 2011....

Jumaat, 24 Julai 2009

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh aku serabut apa nak wat ni....cibaiiiiiiiiiiiii

Isnin, 20 Julai 2009

Oh Aiman

CAVE : jom g joli2 kat melaka
Aiman : Aiman x kesah
CAVE : jom kta g joget2 ngan GRO
Aiman : aiman x kesah
CAVE : jom mnum arak
Aiman: aiman xkesah


Apa kejadah tny aiman cuba ler tny iman...huhu klu iman senipis kulit bawang xyah nak ditny lu pk ar sendiri sengal

Jodoh oh Jodoh

Situasi 1

CAVE : Papa Gua xnak blaja wat full tyme ar nak wat jarak jauh
PAPA : ok papa xksah tu lu pny pasal ar lu yg blaja
CAVE : Mummy dah suh gua kahwin papa
PAPA : wei lu jgn wat giler papa mana ada duit nak g ganu g meminang minah
CAVE : wuit.....

Situasi 2

CAVE : Mummy cane ek dgn si joyah ni ok tak klu wa nak wat bini
MUMMY : Erm ibu rasa minah ok lag
CAVE : wuit....

Situasi 3

AUNTY : Lu jgn slalu bawa anak dara owg k umah nnt owg dah jemu j tgok, lu kena bikin suprise
ckit
CAVE : Yela aunty ni gmbr awek wa ok tak aunty
AUNTY : Tgok gaya boleh bulat minah ni
CAVE : Ala aunty dulu penah jadi ratu kebaya gak skang ni nak jadi ratu baju kelawar xtentu lag
MUMMY : Cuba lu tnjk gmbr minah mesti aunty kata ok
CAVE : wuit....

Khamis, 9 Julai 2009

Hobi Terbaru Gua

Ni ler Hobi terbaru Gua bermain Golg bersama Owg tau Yg bergelaR atuk taw bkan Dato'...hahaha tapi belum sampai main kat padang lag ar just main kat padang sasar j.....buat Pkul2 bola.....hehe tapi mmg besh ar

Wanita dari Tulang Rusuk lelaki

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai
dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu
berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan
akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan
akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang
dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan
dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??


Untuk renungan bersama...

Kisah yang penuh iktibar, semoga kita dapat mengambil pengajaran daripadanya.
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)
Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.... Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.

Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak Kamu tidak cintakan saya lagi!!!.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.

Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing .

Lima tahun berlalu.

LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali.

Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum..

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz Selamat tinggal..

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Selasa, 30 Jun 2009

besh utk kawan2


video


Will You Be There


Hold Me
Like The River Jordan
And I Will Then Say To Thee
You Are My Friend

Carry Me
Like You Are My Brother
Love Me Like A Mother
Would You Be There?

Weary
Tell Me Will You Hold Me
When Wrong, Will You Skold Me
When Lost Will You Find Me?

But They Told Me
A Man Should Be Faithful
And Walk When Not Able
And Fight Till The End
But I'm Only Human

Everyone's Taking Control Of Me
Seems That The World's
Got A Role For Me
I'm So Confused
Will You Show To Me
You'll Be There For Me
And Care Enough To Bear Me

(Hold Me) show me
(Lay Your Head Lowly)
told me
(Softly Then Boldly)
(Carry Me There)
I'm Only Human

(Lead Me)
hold me
(Love Me And Feed Me)
ye yeah
(Kiss Me And Free Me)
yeah
(I Will Feel Blessed)
I'm Only Human

(Carry)
Carry
(Carry Me Boldly)
Carry me
(Lift Me Up Slowly)
yeah
(Carry Me There)
I'm Only Human

(Save Me)
need me
(Heal Me And Bathe Me)
lift me up lift me up
(Softly You Say To Me)
(I Will Be There)
I Will Be There

(Lift Me)
i'm gonna care
(Lift Me Up Slowly)
(Carry Me Boldly)
yeah
(Show Me You Care)
Show Me You Care

(Hold Me)
whoooo
(Lay Your Head Lowly)
i git lonly some times
(Softly Then Boldly)
i git lonly
(Carry Me There)
yeah yeah carry me there
yeah yeah yeah

[Spoken]
In Our Darkest Hour
In My Deepest Despair
Will You Still Care?
Will You Be There?
In My Trials
And My Tripulations
Through Our Doubts
And Frustrations
In My Violence
In My Turbulence
Through My Fear
And My Confessions
In My Anguish And My Pain
Through My Joy And My Sorrow
In The Promise Of Another Tomorrow
I'll Never Let You Part
For You're Always In My Heart.

Jumaat, 26 Jun 2009

Rumahku Taman serangga Ku

Haha Umah sewa aku kat pagoh mmg boleh dikategorikan besar utk yg aku duk sekor2 j kat cn tapi skang umah aku dah jadi seperti taman serangga byk serannga yg engkau2 suma boleh lihat antara yg anda boleh lihat lebah yg hendak buat sarang , lipan bara yg cute byk ar yg ada mentadak mengkudu pun ada.......



Lipan bara yg menyorok dibawah tilam aku dah kena ketuk ngan aku

ha yg ni lebah baru nak wat sarang aku sembur dapat ar dalam 5 kilo dia pny lebah yg mati madu dapat jlah sesudu






Meeting

Wah Byk meeting aku kena attend next week

27hb 6 2009 = meeting ngan PRO kat melaka
01hb 7 2009= meeting dengan sume C.O.W Moa johor kat JB
03hb 7 2009= meeting ngan client kat Site Segamat


Besh g meeting duit mkn xkena kuar ada owg payung kecuali dekat jb....sub con n con xde hahaha

Khamis, 25 Jun 2009

Satu Perubahan

Before 3hb 6 = 31
Lepas 3hb 6 = 32
Skang saiz 32 pun dah sempit
perut gua makin buncit so gua perlukan satu senaman gua dah usya dah


video

Isnin, 15 Jun 2009

Kita enjoy



Malam Minggu Kat jb dah lama xwat aktiviti Harus....hahaha bese ler ngan member2 g makan2 pastu karok2 ckit.....bapak enjoynya wlpn xde teman berlainan jantina yg leh gelek2....hahaha



malam mgu adalah malam muda-mudi tgu next tyme wa blik jb kta g enjoy lag bro misteri

Love is Love

"let's design our structures life based on foundation of luv dat's made from strong concrete of loyalty..so it can't collapse eventhough there are heavy loading from any side..

10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami

1. Bila si dia sibuk... ... .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego... ... . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik... ... .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran... ... .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong... .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba... ... . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang... .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul... ... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat

Abes akhirnya


tiga tahun aku blaja dapat ler kertas sehelai nasib baik dapat kerja....hahaha dapt gak bunga n teddy bear....hahaha

Once upon a tyme

Sepasang kekasih yg hangat bercinta si wanita adalah si buta.....one day si jantan bertanya pada si buta.....bilakah mereka akan berkahwin , si buta ni pun berkata dia akan berkahwin dengan jantan ni bila dia dapat melihat....nak dipendekkan cerita si buta ni pun dapat ar penderma mata after buat operate celik ar si buta ni lalu berjumpa si buta ni dengan kekasih pengerang jantung dia ini, semasa berjumpa rupa2nya si kekasihnya pun buta lalu berkata si betina ni dia xnak kahwin ngan owg buta lalu pergi ler si lelaki yg kasihan ini sambil berkata si betina ni " U jaga ler mata i ni Elok2 "


Wa dapat kisah ni dari seorang gadis kat karaoke red square kat melaka....moral citer ni hamba pun xtau

Sabtu, 23 Mei 2009

Rahsia Bulan Cinta

Gua lahir blan sepuluh maknanya oktober

OKTOBER
* Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
* Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
* Sopan terhadap pasangan.
* Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
* Muda terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
* Suka menerima pandangan pasangan.
* Emosi yang mudah terusik.
* Pengasih dan penyayang terhadap pasangan.
* Cemburu dan terlalu cemburu.
* Romantik.
* Memahami pasangan.
* Pasangan ideal :Lahir bulan 1,2,4,5,8,9,10,12


Yang maner yang ok tu betul ar...hahaha curi kat sapa ntah ni hahaha

Sabtu, 16 Mei 2009

giler k



giler aper nak suh gua panjat menatang ni dengan xde tangga utk wat inspection bila atas tu dah ada beruk n seekor babi gemok nak tambah gua manusia yg sejati. Lain kali nak suh wat inspection siap esclator baru aku panjat....haha

Jumaat, 15 Mei 2009

akhirnya........


akhirnya projek gua dah smpi ke column.....teruja ar aku skang mencari ot smbl mencari rasuah.....haha

gua bukan pelakon


ini bukan lakonan ini btul2 gua skang semakin bz

Ahad, 3 Mei 2009

My Nite life


Tmpt kerja aku skang ni menyebabkan aku pny nite life di jb agak lain Di pagoh aku hanya duk umah mengadap kertas kerja n drawing j.......sebenarnya xde kerja tu yg buat bda2 ni huhu..

Jumaat, 1 Mei 2009

kenaPa ek

Kenapa si pemancing melepas kan ikan yg di pancingnya :

- buKan ikan yg dia nak
- Ikan tu kecik lag
- N dia nak Rasa keseronokan Masa menaikkan ikan tu kot...

Mgkn byK lag Kot sbb si pemancing melepaskan ikan yg dipancingnya......

Khamis, 30 April 2009

Selamat Hari Ibu

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wan g untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

Selasa, 28 April 2009

Seriau.....huhu


cuba bayangkan menatang ni terbalik dan ada owg kat bawahnya.....xseriau k korang ni berlaku btul2 kat site aku seorang cina dihempap menatang ni dan mati semalam kat site aku.....xberhantu plak site aku lpas ni....huhu

Sabtu, 25 April 2009

Whose C.B

Siapakah gerangan c.b ni.....

dia seorang gadis yg mcm pemalu...
bakal seorang pendidik....
seorang yg penyayang kepada kanak2.....
seorang yg murah dgn air mata.....
kuat memendam perasaan.....
next post aku akan ltak gmbr dier.....

Sabtu, 18 April 2009

Baby oh baBy

Asyik Berjiwang Bro2 Aku pun Dah ngutuk aku j...haha xpe ari ni aku nak tnjk Gmbr2 Baby yg akU syg...heheDina....anak sepupu aku....



Urin tyme kecik2 skang dah 5 thn kot dah cute n cun...hehe

Yg ni kta owg pnggl Mamat adiknya si urin tu...

Yg ni the latest adiknya dina sofea aku pnggl peah...haha

the Big Baby in yellow yg dirahsiakan utk keselamatan...haha

Jumaat, 17 April 2009

C.B

Jadikan Jalinan Antara kita terbina persis untaian tasbih
Ada awal tiada penghujungnya
Dibentuk untuk mengingatNya
Dicantum kerana cintaNya
diratib semata2 kerana redhaNya
menitis air mata tika merasai kemanisanNya
semoga jalinan ini kekal Dan dirahmati Allah.....


Thanks c.B...

Mahukan.......

Mau kan sesuatu...
Xsemestinya Dapat...

dah Dapat...
Xsemestinya milik kita...

Dah jadi Milik kita...
xsemestinya akan bersama...

Dah bersama...
xsemestinya bahagia...

Dah Bahagia...
xsemestinya kekal selamanya...

tapi....

Jangan mudah putus asa....
Capai segala yg termampu...
selaGi masih Ada harapan......

Ahad, 12 April 2009

Dr. Mohd Puzhi bin Usop

Tidak ada kebangkitan tanpa cinta dan tiada cinta tanpa iman....

Sabtu, 11 April 2009

Kadang-kadang

Kadang-kadang....bila kita sayangkan seseorang... kita selalu belasah dia..kita cubit...kita tampar selalu...kita sakitkan hati dia...kemudian pujuk balik...selalu kita akan curi perhatian dari dia.... Kita paksa dia luangkan masa dengan kita...kita menjadi diri sendiri sendiri masa dengan dia... Kita akan renung kemata dia tanpa jemu... kita hargai dia...selit sesuatu dalam beg dia atau buku dia...maybe kad raya atau kad suka-suka.... bila ketawa bersama sampai berair mata..bila malu, sampai merah padam muka....

Apakah semudah itu mentafsir sayang?


DaN


Bila kita cintakan seseorang...kita sentiasa membiarkan dia pergi, dan menanti kiranya dia sudi kembali...

Kalau ler...........

kalau kamu puteri,
aku mahu jadi putera,
darjat kita setara,
kalau kamu bunga,
biarlah aku tangkainya,
aku tatang kamu sepanjang masa,
kalau kamu bulan,
aku bukan matahari,
kerna jarak bukan pemisah kita,
aku mahu jadi pungguk,
kerna pungguk selalu rindukan bulan,
bagai aku rindukan kamu..

jiwa aku ibarat ombak,
tenang di tengah, menghempas di pantai,
bukan ibarat langit,
cerah seketika, mendung kemudiannya,
chenta ku ibarat gunung,
terpasak gagah tidak berganjak,
bukan ibarat pasir,
sekali air bah, sekali pasir berubah,
hati ku batu, kamu airnya,
sekeras aku, kamu pelunturnya..

semarak api, semarak chenta,
sedingin salju, sedingin rindu,
seikhlas hati, sesuci jiwa,
setulus kalbu, kasihku padamu..

Jumaat, 10 April 2009

HiduP o Hidup

Aku skang Hidup kerana duit
aku jadi hamBa duit
Duit Ada ler segalanyA
No more cinTa but skandal leh ar...hahaha
Aku Xnak kecewakan owg n di kecewakan...................
Aku hidup Macam Syiallllllllllllllllllllllllllllllllllll....
waH2

PerLukaH

PErLu ker kita BerhenTi kerana Owg Lain
Itu Hak kta Kenapa perlu Rasa bersalah
Perluka ker Kta mementingkan Perasaan Owg lain
Even Diri kTa terluka
PerLukah !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Rabu, 8 April 2009

ClerK Of WorK

Ni ler jawaTan aku Kat company ni...Hoho Tugas2 akU kat Site just duduk2 j...hehe Selain duduk2 n Tdo ada gak aku tgok movie kadang2 ler....klu aku dah boring baru ler aku kuar g usha2 sub con aku wat kerja kdg2 cari pasal gak ngan dorang...haha





Trial Mix kat sepakat tgok2 j













Trial mix kat Muar Ready Mix pun tgok2 j

Saya SukA BerKawan

Dalam saya ade awak
Hari tu kita gaduh.
Saya main-main.
Awk ingat betul-betul
Tak tau nk buat mcmana lg
Lantak awk lah
Semlm kita berselisih..
Saya buat dunno
Awak pandang saya
Saya buat dunno jugak
Degilnyer saya..
Saya nmpk awak
Saya nk panggil
Tapi awak x toleh
Sebab saya panggil awak dalam hati
Bodohnya saya..
Awak tegur saya
Saya buat dunno
Tapi awak xtahu happynya saya
Saya dengar awak cerita
Awak kata dah jatuh cinta
Sedihnyer saya
Saya dapat T-Shirt
Cantik.suker sgt
Tapi tak tahu sape pengirimnya
Awak nampak
Awak terus balik
Saya panggil awak
Tapi awak tak toleh
Saya Cuma nak bgtahu
Awak.!!!!!LORI!!!!!!!!!
Saya kejar awak
Awak terus jalan
Saya tolak awak.
Awak jatuh.
Saya nampak lori
Betul-betul depan saya
Kalau ia sempat
Saya nak bagitahu.
Awak..SAYA SUKA KAWAN NGAN AWAK

Sebulan Lebey Ckit

Kepada Yg berkenaan tarikh luput adalah pada 15 may 2009

Pilih ar nak yg maner










Good Luck ar kepada yang berkenaan Jalan kawan dah kasi tebas awak just cantik kan j bagi selesa.......







Selasa, 7 April 2009

IStilah Bercinta< Ramli Sarip>

kau kata kau cinta
kau kata kau sayang
kini entah dimana
tiada lagi kemesraan

kau kata setia
hanya aku sahaja
tapi hilang kemana
tiada lagi keriangan

ku tabahkan hati
ku genggam azimat
untuk ku balut luka
semakin mendalam

biarku hadapi
walaupun tergugat
akan ku benamkan
biar jadi debu

kini ku mengerti
istilah sebenar
di dalam bercinta
tiada kepastian

tiada penentuan
akan kebahagian
semua pencinta
haruslah berkorban
tiada batasan

Ahad, 5 April 2009

1st Posted < Jiwang KaraT >

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kailmu, hendaklah mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi masih hidup.

Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah dia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak tentu sukar untuk kamu menampalnya semula, akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Jangan kamu terlalu mengaguminya dan jangan kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya, akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang pasti baik untuk dirimu kerana mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah untuk mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu, Menyayangimu, Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain, kamu juga yang akan menyesal.


Dicuri dari blog cikani....