CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Khamis, 30 April 2009

Selamat Hari Ibu

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wan g untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

Selasa, 28 April 2009

Seriau.....huhu


cuba bayangkan menatang ni terbalik dan ada owg kat bawahnya.....xseriau k korang ni berlaku btul2 kat site aku seorang cina dihempap menatang ni dan mati semalam kat site aku.....xberhantu plak site aku lpas ni....huhu

Sabtu, 25 April 2009

Whose C.B

Siapakah gerangan c.b ni.....

dia seorang gadis yg mcm pemalu...
bakal seorang pendidik....
seorang yg penyayang kepada kanak2.....
seorang yg murah dgn air mata.....
kuat memendam perasaan.....
next post aku akan ltak gmbr dier.....

Sabtu, 18 April 2009

Baby oh baBy

Asyik Berjiwang Bro2 Aku pun Dah ngutuk aku j...haha xpe ari ni aku nak tnjk Gmbr2 Baby yg akU syg...heheDina....anak sepupu aku....



Urin tyme kecik2 skang dah 5 thn kot dah cute n cun...hehe

Yg ni kta owg pnggl Mamat adiknya si urin tu...

Yg ni the latest adiknya dina sofea aku pnggl peah...haha

the Big Baby in yellow yg dirahsiakan utk keselamatan...haha

Jumaat, 17 April 2009

C.B

Jadikan Jalinan Antara kita terbina persis untaian tasbih
Ada awal tiada penghujungnya
Dibentuk untuk mengingatNya
Dicantum kerana cintaNya
diratib semata2 kerana redhaNya
menitis air mata tika merasai kemanisanNya
semoga jalinan ini kekal Dan dirahmati Allah.....


Thanks c.B...

Mahukan.......

Mau kan sesuatu...
Xsemestinya Dapat...

dah Dapat...
Xsemestinya milik kita...

Dah jadi Milik kita...
xsemestinya akan bersama...

Dah bersama...
xsemestinya bahagia...

Dah Bahagia...
xsemestinya kekal selamanya...

tapi....

Jangan mudah putus asa....
Capai segala yg termampu...
selaGi masih Ada harapan......

Ahad, 12 April 2009

Dr. Mohd Puzhi bin Usop

Tidak ada kebangkitan tanpa cinta dan tiada cinta tanpa iman....

Sabtu, 11 April 2009

Kadang-kadang

Kadang-kadang....bila kita sayangkan seseorang... kita selalu belasah dia..kita cubit...kita tampar selalu...kita sakitkan hati dia...kemudian pujuk balik...selalu kita akan curi perhatian dari dia.... Kita paksa dia luangkan masa dengan kita...kita menjadi diri sendiri sendiri masa dengan dia... Kita akan renung kemata dia tanpa jemu... kita hargai dia...selit sesuatu dalam beg dia atau buku dia...maybe kad raya atau kad suka-suka.... bila ketawa bersama sampai berair mata..bila malu, sampai merah padam muka....

Apakah semudah itu mentafsir sayang?


DaN


Bila kita cintakan seseorang...kita sentiasa membiarkan dia pergi, dan menanti kiranya dia sudi kembali...

Kalau ler...........

kalau kamu puteri,
aku mahu jadi putera,
darjat kita setara,
kalau kamu bunga,
biarlah aku tangkainya,
aku tatang kamu sepanjang masa,
kalau kamu bulan,
aku bukan matahari,
kerna jarak bukan pemisah kita,
aku mahu jadi pungguk,
kerna pungguk selalu rindukan bulan,
bagai aku rindukan kamu..

jiwa aku ibarat ombak,
tenang di tengah, menghempas di pantai,
bukan ibarat langit,
cerah seketika, mendung kemudiannya,
chenta ku ibarat gunung,
terpasak gagah tidak berganjak,
bukan ibarat pasir,
sekali air bah, sekali pasir berubah,
hati ku batu, kamu airnya,
sekeras aku, kamu pelunturnya..

semarak api, semarak chenta,
sedingin salju, sedingin rindu,
seikhlas hati, sesuci jiwa,
setulus kalbu, kasihku padamu..

Jumaat, 10 April 2009

HiduP o Hidup

Aku skang Hidup kerana duit
aku jadi hamBa duit
Duit Ada ler segalanyA
No more cinTa but skandal leh ar...hahaha
Aku Xnak kecewakan owg n di kecewakan...................
Aku hidup Macam Syiallllllllllllllllllllllllllllllllllll....
waH2

PerLukaH

PErLu ker kita BerhenTi kerana Owg Lain
Itu Hak kta Kenapa perlu Rasa bersalah
Perluka ker Kta mementingkan Perasaan Owg lain
Even Diri kTa terluka
PerLukah !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Rabu, 8 April 2009

ClerK Of WorK

Ni ler jawaTan aku Kat company ni...Hoho Tugas2 akU kat Site just duduk2 j...hehe Selain duduk2 n Tdo ada gak aku tgok movie kadang2 ler....klu aku dah boring baru ler aku kuar g usha2 sub con aku wat kerja kdg2 cari pasal gak ngan dorang...haha





Trial Mix kat sepakat tgok2 j













Trial mix kat Muar Ready Mix pun tgok2 j

Saya SukA BerKawan

Dalam saya ade awak
Hari tu kita gaduh.
Saya main-main.
Awk ingat betul-betul
Tak tau nk buat mcmana lg
Lantak awk lah
Semlm kita berselisih..
Saya buat dunno
Awak pandang saya
Saya buat dunno jugak
Degilnyer saya..
Saya nmpk awak
Saya nk panggil
Tapi awak x toleh
Sebab saya panggil awak dalam hati
Bodohnya saya..
Awak tegur saya
Saya buat dunno
Tapi awak xtahu happynya saya
Saya dengar awak cerita
Awak kata dah jatuh cinta
Sedihnyer saya
Saya dapat T-Shirt
Cantik.suker sgt
Tapi tak tahu sape pengirimnya
Awak nampak
Awak terus balik
Saya panggil awak
Tapi awak tak toleh
Saya Cuma nak bgtahu
Awak.!!!!!LORI!!!!!!!!!
Saya kejar awak
Awak terus jalan
Saya tolak awak.
Awak jatuh.
Saya nampak lori
Betul-betul depan saya
Kalau ia sempat
Saya nak bagitahu.
Awak..SAYA SUKA KAWAN NGAN AWAK

Sebulan Lebey Ckit

Kepada Yg berkenaan tarikh luput adalah pada 15 may 2009

Pilih ar nak yg maner










Good Luck ar kepada yang berkenaan Jalan kawan dah kasi tebas awak just cantik kan j bagi selesa.......







Selasa, 7 April 2009

IStilah Bercinta< Ramli Sarip>

kau kata kau cinta
kau kata kau sayang
kini entah dimana
tiada lagi kemesraan

kau kata setia
hanya aku sahaja
tapi hilang kemana
tiada lagi keriangan

ku tabahkan hati
ku genggam azimat
untuk ku balut luka
semakin mendalam

biarku hadapi
walaupun tergugat
akan ku benamkan
biar jadi debu

kini ku mengerti
istilah sebenar
di dalam bercinta
tiada kepastian

tiada penentuan
akan kebahagian
semua pencinta
haruslah berkorban
tiada batasan

Ahad, 5 April 2009

1st Posted < Jiwang KaraT >

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kailmu, hendaklah mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi masih hidup.

Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah dia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak tentu sukar untuk kamu menampalnya semula, akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Jangan kamu terlalu mengaguminya dan jangan kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya, akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang pasti baik untuk dirimu kerana mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah untuk mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu, Menyayangimu, Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain, kamu juga yang akan menyesal.


Dicuri dari blog cikani....