CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Ahad, 5 April 2009

1st Posted < Jiwang KaraT >

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kailmu, hendaklah mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi masih hidup.

Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah dia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak tentu sukar untuk kamu menampalnya semula, akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Jangan kamu terlalu mengaguminya dan jangan kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya, akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang pasti baik untuk dirimu kerana mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah untuk mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu, Menyayangimu, Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain, kamu juga yang akan menyesal.


Dicuri dari blog cikani....

2 pujian:

Mohd Ifthitah b. Anis berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
penulis.tidak.bernama berkata...

hoh...menusuk qolbu...hahaha